Kehidupan Seorang Hamba

View previous topic View next topic Go down

Kehidupan Seorang Hamba

Post by Admin on Tue Feb 19, 2008 10:17 pm

Lahirku mengabdikan CintaMu
Perjalananku melakar pengorbanan yang penuh berliku
Kesukaranku menempuh ranjau yang berliku dengan Nur Iman
Kesenanganku kenikmatan yang abadi
Bila didorong oleh Nur Iman

Makan minumku adalah zikrullah
Hidangan istimewa adalah Al-Quran
Rezeki yang baik adalah perkara yang halal
Rezeki yang buruk adalah perkara yang haram
Nikmat rezeki paling utama adalaah Hidayah Allah

Hidupku perlu diteruskan dengan sisa yang berbaki
Siang ku laksana singa di hutan rimba
Bermati-matian jihad fisabilillah
Malam ku laksana abid yang soleh
Bermunajat di malam hari pada setiap detik

Jika ditelusuri masih banyak kekurangan diri
Ku pakai pakaian ketaqwaan
Pakaian yang menyubur sinar cahaya imanku
Ku pakai pakaian taubat
Pakaian yang meruntun jiwaku menginsafi diri kepada Allah Taala

Cintaku bukan kerana manusia
Kerana di kala ini manusia sering berdusta
Cinta kerana Allah Taala itu yang hakiki
Kerana dariNya ku mengenal segalanya
Mengenal erti cinta dan kasih sayang terhadap makhlukNya

Rasullah berpesan jaga Al-Quran dan Sunnah
saya tetapkannya di hatiku
Perjalananku masih jauh
Maka saya telusuri hidup ini dengan dakwah tarbiyah Islam
Untuk dikembangkan ke seluruh pelusuk dunia

Dunia ini hanya sementara
Akhirat kekal abadi
Bila tiba maut mengadapku
saya pasrah dan redha dengan takdir Illahi
Kerana saya rela mati syahid fisabilillah
Daripada hidup mulia kerana cinta Al-Wahan

Kini ku tidur di Alam Barzakh
Untuk ku bangun di Padang Mahsyar kelak
Untuk perhitungan di Mahkamah Agung
Kepada semua makhluk Allah yang berkhidmat di dunia
Diadili oleh Hakim Yang Maha Agung
Untuk penentuan ganjaran atau balasan oleh Allah
Di antara Syurga dan neraka menjadi pilihan
Di manakah kita ketika itu?

Kita ambil pengajaran daripada nukilan di atas...Insya Allah ianya akan menjadi pedoman buat diri kita untuk bermuhasabah diri.

Admin
Admin

Male Number of posts: 11
Registration date: 2008-02-08

View user profile http://kelabgppi.heavenforum.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum