7 Sifat Orang-Orang Mukmin

View previous topic View next topic Go down

7 Sifat Orang-Orang Mukmin

Post by Iman_Taqwa on Tue Feb 12, 2008 11:59 pm

Assalamualaikum wbt...

Muslimin muslimat pengguna forum maya yang dikasihi Allah swt..

Ketahuilah bahawa Allah swt telah berfirman dalam Surah Al-Mukminun :

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman; Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); Dan mereka yang menjaga kehormatannya; Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela; Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi; Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya. (Surah Al-Mukminun ayat 1-11)

Daripada Surah Al-Mukminun ini, jelaslah di atas bahawa Orang-Orang Mukmin memiliki kekuatan dan senjata tersendiri. Hal ini telah dibuktikan melalui surah ini dari ayat 1 hingga 11. Kekuatan-kekuatannya yang dimiliki serta senjata Orang-Orang Mukmin adalah :

1. Orang yang khusyuk di dalam solat
2. Orang yang menjauhkan dirinya dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia
3. Orang yang menunaikan zakat
4. Orang yang menjaga kehormatan dirinya
5. Tidak tercela mereka memelihara kehormatan kecuali kepada isteri dan hambanya
6. Orang yang memegang janji dan amanah
7. Orang yang memelihara solat


Oleh yang demkian, mereka yang memiliki sifat-sifat ini adalah mereka yang akan mewarisi kekal di Syurga Firdausi. Kerana itulah janji yang pasti Allahu Rabbi.

Pertama, sudah semestinya ketika mendirikan solat kita hendaklah sentiasa khusyuk kerana pada saat itu kita hendak mengabdikan diri hanya kepada Allah swt. Kalau kita nak meminta sesuatu mesti kita minta dengan bahasa, cara, perbuatan dan tingkah laku yang baik dengan penuh prihatin dan fokus. Samalah ketika kita menunaikan solat, mestilah khusyuk ke hadrat Illahi agar ibadah kita diterima.

Kedua, orang mukmin tidak akan lakukan sesuatu yang sia-sia baik dari segi perbuatan mahupun perkataan kerana perkara-perkara ini akan membuatkan diri seseorang itu lalai dari sentiasa mengingati Allah swt. Sedangkan dengan melakukan perkara-perkara yang menyebabkan iman seseorang meningkat adalah lebih baik. Antaranya ialah dengan memuji Allah swt dengan zikrullah, membaca Al-Quran dengan menambah pengetahuan kita tentang Allah.

Ketiga, memang benarlah orang mukmin itu berjaya dengan menunaikan zakat. Kerana apa? Kerana dengan berzakat, kita telah menginfakkan sebahagian harta kita fisabilillah dan akan menyebabkan orang-orang fakir mendapat hak mereka sebagai hamba Allah. Dengan itu, berat timbangan kita pada ketika itu berat kerana amalan yang soleh serta harta yang diinfakkan.

Keempat, orang yang menjaga kehormatan dirinya akan menyebabkan nilai pada dirinya tinggi setinggi mulianya akhlak orang-orang muttaqin kerana mereka yang menjaga akhlak peribadi serta kehormatan diri amat disanjung oleh Islam dan faktor kekuatan imannya teguh. Bahkan orang yang tidak menjaga kehormatan dirinya, status dirinya akan dihina oleh masyarakat kerana perilakunya yang buruk.

Kelima, di sini menceritakan orang-orang mukmin tidak akan menunjukkan kehormatan dirinya kepada masyarakat awam kerana nilai dirinya begitu tinggi. Pun begitu, mereka menunjukkannya hanya kepada isteri dan hambanya.

Keenam, orang-orang Mukmin sentiasa berpegang janji dan amanah. Barangsiapa yang ikat janji dengan baik, maka orang inilah yang sentiasa berpegang teguh dengan tali Allah dan mereka antara yang dijanjikan Allah masuk ke dalam Syurga.

Ketujuh, memelihara solat itu suatu kewajipan kerana menunaikan solat itu satu fardhu wajib bagi orang Islam yang terkandung dalam rukun Islam. Oleh itu, jika mereka yang sentiasa memelihara solat dengan baik dan dengan penuh khusyuk dan tawaduk, maka mereka ini antara orang mukmin yang benar-benar mukmin.

Daripada 7 sifat ini jelas menunjukkan bahawa kekuatan sebenar orang mukminin terletak pada kekuatan-kekuatan yang dihuraikan ini. Oleh itu, kita seharusnya nekad untuk memiliki senjata-senjata ini yang telah disarankan oleh Allah kepada hambaNya agar menjadi hamba yang solihin, muttaqin, mukminun dan mukhlisin.

Apa yang baik datang dari Allah swt, apa yang kurang itu datangnya dari kekurangan dari diri ana sendiri dan jika ada salah silap harap tegur dan perbetulkannya kerana kita hamba Allah tak lari dari kesilapan.

Wallahu'alam..

Wa Bi Allah Taufiq Wasalam 'Alaikum Warahmah Allah Wabarakatuh...

Iman_Taqwa
Moderators

Male Number of posts: 5
Lokasi: New Village
Registration date: 2008-02-10

View user profile http://www.iman-taqwa.blogspot.com

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top

- Similar topics

Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum